aku
Aku tak bisa untuk sentiasa bertutur benar
aku tak bisa sentiasa tertawa untuk menyembunyikan kedukaan
aku tak bisa berseronok kala hati kelam menanggung sengsara
Maka adanya aku
menjadi seorang manusia
bersama sekeping hati
yang hitam ternoda
cuba untuk diputihkan
tatkala ini
aku memilih menjadi diri aku
kuat dan lemah
sakit dan gembira
derita dan tawa
semuanya aku tanggung sendiri
kerana aku tau
ini perjalanan hidup aku
Allah tetapkan ianya begini
maka
pasti ada sesuatu yang tersirat
yang tak boleh aku bayangkan
menjanjikan pelangi indah
buat aku dan anak-anak
sya
2 rejab...
No comments:
Post a Comment